Monday 22 October 2012

4 bulan / 123 hari

ya Allah. sekejap nye rasa (sekejap ke?) today genap 4 bulan jadik isteri orang and setengah dari 4 bulan tu, jadi something else. haha. hari ni tergerak nak buat something. patutnya tak payah. sayu lepas tu. padan muka sendiri. ye lah, bende dah lepas and tak boleh buat apa pun, still nak teringat and baca balik. dah memang diri ni macam ni kan. fuh! pengsan lah macam ni.

lately ni berat susut. patutnya tak boleh susut, samada maintain or naik sikit. tadi ayah call (yes, time kerja ni), kena one whole lecture on healthy eating. something about not eating right and tak cukup nutrient. kena lah marah. confirm malam ni kena paksa makan banyak. macam tak nak balik rumah je ni. takut. lari! heee! urm.. dulu ada orang yang jaga makan minum. sekarang mana ada dah. sekarang kebanyakkan benda kena sendiri. nasib ayah ada. dapat lah nak mengada kedang-kadang.

what it feels like after 4 months? not what i expected. marriage takes a lot of effort. i am still not used to it and adapting. lama betul nak adapt. haha. nak buat macam mana. tipu lah kalau semua bunga je, ada part yang duri. i am still learning. i just miss being that tough little princess i used to be.

Friday 19 October 2012

public awareness: spoon

benci #1

okay, ini tak mengikut turutan tapi based on bila terjadi. pagi ni tak dapat keep my cool. federal highway ada 1 section tu, lorong emergency kena tutup pasal ada construction so, cukup-cukup 3 lane lah kan. attitude most driver Malaysia ni, tak tau nak beratur. nampak jam sikit, nak potong line. Padahal tak jam pun belah depan dari tempat mereka cut line. hari ni since the hormones are not behaving well [yup, hormones salah], adalah orang jadi mangsa. kereta honda (WJK 3788). kereta dia bukan model baru and tak cantik. driver dia Chinese man and passenger dia mak dia kut. kalau wife sorry lah, nampak tua sangat.

attitude potong line ni tolong lah elak. orang lain boleh beratur, why not you? semua orang nak cepat kalau boleh. if semua just cooperate, semua akan lebih senang. jam pun tak lah teruk or maybe takda jam pun - you caused the jam. stupid people. if mak bapak or family ko dah tenat nak mati ke, dah lambat pergi meeting and bos nak pecat ke or cirit yang dah sakit sangat, boleh lah consider lagi. ni dah cut line pastu boleh pulak drive slow. where's your ethics? please Malaysians, we are better than this.

Monday 15 October 2012

mimpi

eh. google reset ke ape? tetibe stats semua kosong! haih. mengapakah? google gone bonkers or tengah update? baru lah nak sampai ke angka yang memberansangkan. haha. okay, lari topic dah. bring back the numbers google! [update: it's back, well, some of it]

okay, kisah mimpi. mimpi orang yang sama 3 kali dah. boo! mimpi first time bulan puasa ke raya macam tu, (scene dalam kereta) - tengah cakap-cakap dengan orang tu, nak bagitau dia i was pregnant. before that, dia bagitau news dia dulu. dia kata dia nak tunang, bende baik buat apa nak tunggu lagi dah. it was nice talking to orang itu. semua pun tenang. bila bangun termenung gak lah. mimpi second, when i was going through a tough time, dia kata, macam mana pun i will always love you, be strong, i am here for you. mimpi yang ketiga pula, orang tu salam tangan tapi orang tu nangis. macam sedih sangat.

Friday 12 October 2012

CD lama

terjumpa CD lama in the stack of stuff i have. ada CD ni takde label. try lah play. ya Allah, bederau. lagu lama-lama. teringat pulak zaman-zaman takde problems dulu, hidup pun senang je. kesimpulan nye rindu lah. menangis sorang-sorang kat office. boleh? [salahkan hormones please] some of the songs:
 
 
 
 

Wednesday 10 October 2012

tepi laut: krabi

(September)

day 1: here we go!





day 2: just around there










day 3: kaaavrooom!











day 4: bye!





.....

p.s: some might wonder, mana gambar pulau ke or pergi snorkeling ke kan. yelah, kan sana biasanya buat itu. well, i am not fit enough to do all that at the moment. teehee!

Saturday 6 October 2012

kecewa

kadang-kadang hidup ni memerlukan kesabaran yang amat tinggi. semalam dan hari ni membawa kekecewaan sahaja. susah bila orang refuse to understand and susah bila orang berdendam. penyesalan sering wujud bila benda tidak diingini berlaku. hati sentiasa hancur bila dalam peperangan yang melibatkan perasaan. sedih tidak dapat digambarkan. namun, semalam keajaiban tetap berlaku di kala berada dalam kehancuran. perasaan yang sangat sukar digambarkan. for the first time, heartbeat was detected. syukur pada Allah. apa yang dirasai takkan dilupai sepanjang hidup di dunia. di dalam kehancuran, tetap ada keajaiban. if only you are with me, it would not have turned out this way. 

Monday 1 October 2012

nauzubillah

orang cakap, kalau dengar yang tak elok, cakap nauzubillah. jumaat malam lepas pergi clinic, ada bad news from the dr. i have yet to jumpa specialist lagi but please pray that its not true, dr yang pergi check tu terbuat mistake and everything is going to be okay. insyaAllah semua okay. dr gave one week pastu check balik. then, on saturday, mummy went into emergency state. mummy can't breathe. i was unable to go, was finding excuses not to go actually. takut sangat. so, went to the hospital yesterday. she was gasping for air. maksudnya, masa saturday tu lagi teruk. not to sure what's going on. my heart dropped. so, my weekend was heartwrenching. hope yours was great. um.