Showing posts with label #zahraasayang. Show all posts
Showing posts with label #zahraasayang. Show all posts

Monday, 29 June 2015

birthdays (2015)

hee. so, we turned 2, 29 and 28 this year. cepatnya dah 2 tahun, rasa macam baru je habis pantang. haha. melampau. maybe macam baru je celebrate 1st birthday last year. haih! we had a mini morning celebration, a picnic and lunch at Rashaad's (same-date-different-year twin, hee) house for Zahraa, zoo day for husby and tiup lilin for me (nak pergi jalan tak dapat - husby kerja on that day plus, dah puasa kan, huuu).

it is all about you baby - 28th, 30th and 31st May

Friday, 12 June 2015

zoo negara

semalam pergi zoo negara. tak tau lah yang sebenarnya mak ke anak yang excited. haha. lama dah tak pergi zoo ni. ada dalam 4 tahun. lama dah tu. dulu ada lah setahun sekali and setahun 2 kali. macam gian kan pergi zoo? entah, bukan suka tengok binatang terkurung tapi suka tengok binatang. nak kerja dalam hutan tak dapat green light dulu walaupun dah dapat kerja. ni dah tak kerja, hutan pun dah tak jumpa. huu. sedih gak lah. so, semalam we brought Zahraa to her first zoo trip sempena husby punya birthday (thank you Nira for the tickets!). nampak lah dia try relate gambar yang pernah tengok dalam buku/tv and toy dengan real life. nampak muka dia pelik pun ada. dalam buku/tv or toy kan binatang tak lah besar mana. hehe. it was a fun day, sampai ada idea nak buat list of zoos to visit in the future. habiskan zoo kat Malaysia dulu lah kut. biasa tak lah penat mana, kali ni penat habis - tak bawa stroller/carrier - gigih sangat, malam tu terus k.o habis. penat layan anak (walaupun banyak daddy dia je dukung, haha). dulu orang layan kita pergi zoo, tak tau penat. hamek kau, baru tau penat dia macam mana. haha.





Wednesday, 20 May 2015

emo mother

kisahnya my little girl is turning two next week. haru hai hati. cepatnya masa berlalu. tiba-tiba dah nak dua tahun. masih panjang lagi perjalanan, i know. nak masuk dua tahun ni, mula lah paranoid apabila ada milestone yang masih tak berapa nak tercapai. sebenarnya, satu bahagian je. bahagian language. perkataan yang disebut masih limited and she still can't make a sentence. sekarang dalam process untuk boost dia punya vocabulary. maka, asyik membebel lah bila she is awake. err. bukan membebel, banyak cakap je. haha. i am not much of a talker (kut?), bila kena cakap banyak ni pening lah juga. so far, rasanya perkataan yang dah boleh sebut ada 10 je (jap, kira - duck, there, dad, nak, meow, ball, book, fish, Nia (ni nama cousin dia), Ma (ni pula panggilan mama Nia) and no). eh. ada 11. nampak tak dekat situ mummy takde. huu. pasal mummy ni dia panggil dad juga. huwaa. anak oh anak. 

apa pun, alhamdulillah lain okay. 

Tuesday, 21 April 2015

20th April 2015

tarikh ni anakanda minum susu formula dari botol. as a mum yang anak asyik minum susu kita, terasa lah juga sedih bila anak dah boleh minum susu formula dari botol. tipu lah kalau kata tak pernah try sebelum ni, pernah bila time terdesak (contoh: sakit). pernah juga bagi time dia baby awal-awal dulu. lepas dia 2 months, memang dah stop. walaupun i am a fully expressed pump mummy, lepas dia 3 months, alhamdulillah susu okay.

bila dia turn 1 year 4 months pernah lah try, nak gemukkan anak konon - memang reject habis. start January tahun ni, start bagi dia milo (bagi dalam cawan). bukan main suka lagi. haha. lepas tengok dia suka milo, beli lah Dutch Lady Curious yang chocolate tu untuk dia minum petang-petang. tea time katanya. haruslah suka. chocolate kan. sama je macam mummy dia. last-last mummy dia pun tempias minum DHA sama. kalau tak berhubung gak tak tau lah. hee!

so, 3,4 hari ni memang down habis. makan minum lintang pukang, badan lenguh, belakang sakit, temperature tinggi. maka, effect dia kat susu. semalam malam lepas bagi dia susu, macam tak cukup je, pergi lah buat susu Nestle NAN Grow 3 (dapat sample hari tu, thank you Nestle). bau dia tak macam susu formula and bila rasa (ini dah jadi habit, apa nak masuk kat anak kena filter kat mummy dulu), tak manis and ada rasa sikit macam breast milk. asalkan kenyang and happy; pasrah je lah, demi anak.

muka gembira - ini gambar lama - few weeks before

Sunday, 25 January 2015

sedih dan gembira

malam ni dalam sejarah anak kesayangan sorang tu nak tido kat katil sendiri. banjir mummy dia lepas anak tidur. biasanya berkepit je dengan mummy dia, malam ni tiba-tiba je. sedihnya. itu lah orang kata, masa anak kecil lagi, berkepitlah puas-puas. ni dia belum nak bilik sendiri lagi. huwaaa. okay, dah fikir panjang dah. ke maybe sebab nak adik (eh?). haha. kita tengok malam esok macam mana pula. still tak nak kat mummy lagi ke. huhu. kosong je katil rasa. yelah, husby kerja shift macam ni lah. anak teman. hee! biasa anak yang ada separation anxiety, ni mummy yang resah. macam mana nak tidur ni. dah habis pusing dah. macam nak tidur katil dia je. 

leo and po - teman tidur

hari ni juga hari Zahraa makan banyak. gembira oi hati. rasa macam nak peluk-peluk masa dia makan tu. selera sangat. bukan selalu dapat dia makan banyak macam tadi. masak simple je malam ni - butter fried rice and steamed chicken. alhamdulillah. makin lama makin senang makan sebenarnya. cuma kena cari makanan yang kena dengan selera dia. memilih betul makan, entah ikut siapa tah. haha.


Thursday, 3 July 2014

usaha untuk makan

okay, semenjak duduk rumah ni rajin lah nak cari recipe baru untuk anak. tak mampu nak buat semua tapi dalam seminggu tu ada lah try something yang lain sikit. Alhamdulillah dah start makan lebih dari biasa. Zahraa makan kena ikut cara dia and walaupun ada gigi, dia tetap suka makanan lenyek. So, kalau nasi and lauk, gaul-gaul, lepas tu lenyek. 

Burd (thank you untuk post you - ikut rentak dia tak jadi, kena letak dalam kerusi dia baru makan), yang paling penting, timing. sekarang ni timing dah terurus kalau nak compare masa bergilir jaga dulu. oh. lepas tu, having a meal plan membantu sangat setakat ni. meal plan akan share akhir bulan nanti, bulan ni first time trying it out. 

food from last week

 poached cod
** mana pernah terfikir akan buat dulu

 jemput-jemput ikan bilis

 pumpkin fries

 broccoli pasta

 rice+homemade chicken nugget+omelet+bakchoy
 - tu makanan kena lenyek -
(baki masuk perut mummy, haha!)

rice+grilled salmon+potatoes

Friday, 27 December 2013

7 bulan

pejam celik, pejam celik, esok dah 7 bulan dah budak kecik ni. kejap sangat masa. macam tiba-tiba dah 7 bulan. huwaa. lagi 5 bulan je lagi nak jadi satu tahun. both gambar ni was taken 2 weeks back macam tu. hee! she is slowly turning to look like me (i think). semua orang kata she look like hamie but, my family (mereka yang raised me up and kinda grew up with me say she look exactly like me when i was small). she now takes up most space of my heart (macam mana nak bahagi heart mummy when you ada adik nanti eh zahraa? hee!)

owh. she finally start on solid food one month back. her first food was avocado, which she made funny faces when we fed her (technically, her first food was green apple at around 2 months old - dia diarrhea at that time, so the cure was green apple - it worked). the next thing on her hate list is broccoli. haha! ini kerja the mummy nak suruh anak makan sayur so that dah besar nanti tak memilih makan macam mummy dia. 


si gadis ayu