Thursday 31 December 2015

2015

1: What did you do in 2015 that you’d never done before?
    Nothing, 2015 was a quiet year

2: Did you keep your new year’s resolutions, and will you make more for next year?
    Yes, i cook more and eat less junk food but not much travelling though
    Next year, i want to be a better person (in sya Allah)

3: Did anyone close to you give birth?
    Yup, we got Malika! 

4: Did anyone close to you die?
    Alhamdulillah, nobody close died this year

5: What countries did you visit?
    My own (I want to go to Bali!)

6: What would you like to have in 2016 that you lacked in 2015?
    Patience, Zahraa growing up fast

7: What dates from 2015 will remain etched upon your memory, and why?
    16th October (That +ve answer)

8: What was your biggest achievement of the year?
    To remain sane after staying home for a year

9: What was your biggest failure?
    Kick starting the business (again)

10: Did you suffer illness or injury?
      Nope, all is well, alhamdulillah

11: What was the best thing you bought?
      Less buying in 2015 (can't think of any)

12: What did you get really, really, really excited about?
      October 16th

13: Compared to this time last year, are you: 
      (a) happier or sadder? - in between
      (b) thinner or fatter?  - thinner
      (c) richer or poorer? - richer (in sya Allah)

14: What do you wish you’d done more of?
      Ibadah

15: What do you wish you’d done less of?
      Procastinating

16: Did you fall in love in 2015?
      Yes!

17: What was your favourite TV program?
      Devious maids

18: Do you hate anyone now that you didn’t hate this time last year?
      Nope
      
19: What was your greatest musical discovery?
      Zahraa loves to hear me sing, my biggest fan 

20: What did you want and get?
      [+ve]

21: What did you want and not get?
      To live on our own (when the time is right, in sya Allah)

22: What was your favourite film of this year?
      Avengers: Age of Ultron

23: What one thing made your year immeasurably more satisfying?
      To be blessed with health 

24: How would you describe your personal fashion concept in 2015?
      (Still) Grab and go 

25: What kept you sane?
      Allah

26: Which celebrity/public figure did you fancy the most?
      Taylor Swift

27: What political issue stirred you the most?
      -

28: Who did you miss?
      Mummy, Al-Fatihah

29: Tell us a valuable life lesson you learned in 2015.
      Things don't always go your way, adapt and let go

30: Quote a song lyric that sums up your year.
      Baby, baby, baby ohhh

Saturday 12 December 2015

sakit gigi

okay, dah tak muda pun ada gigi baru nak tumbuh. sakit dia macam kena tumbuk kat sebelah muka. kalau sakit kat bahagian nak tumbuh tu je maybe boleh lagi lah, ni habis one side of the face is in pain and the left ear too. dah jenis tak tahan sakit, macam tu lah. nak bantai makan ubat macam-macam tak boleh, tahan je lah. sedih. dah seminggu dah ni.

seminggu sebelum tu, zahraa teething. lagi lah kesian. empat gigi tumbuh at one time. demam panas 4 hari, sampai kena masuk ubat ikut bobop. memang terseksa lah dia. dah lah macam tu, ada ulser and tonsil bengkak. tak ke haru. bila dah recover, gigi mommy pulak. huu.

apa natural remedies ni for teething? help!

Sunday 4 October 2015

raya (fitri + adha)

sekalikan both raya dalam satu post. senang. tahun ni raya both in Kelantan. untuk aidilfitri memang turn sana tahun ni and untuk aidiladha, memang takda turn ni. haha. tahun ni terasa raya tak berapa nak meriah. entah kenapa, mood raya tak kunjung tiba. macam ada benda yang kurang je. kurang lagi satu baby kut. haha. boleh?

balik macam biasa, naik kereta. save banyak kalau nak compare dengan naik flight. almaklum lah, kalau naik flight kena beli tiga tickets. ticket time raya bukan murah. beli setahun awal pun agak mahal. roughly, kalau drive, pergi-balik cost dia RM200, termasuk beli junk food lah, air lah - ini kalau lalu LPT2 sampai Kuala Terengganu tu. Kalau lalu Gua Musang, tolak RM42. Kalau naik flight, ada lah RM500 return. banyak kan save? hee. boleh shopping makanan kat sana. yes, makanan. pastu, travel time malam. 7 hours in the car especially time tengahari with a toddler is no joke. mau pengsan. so, travel malam. masuk kereta, main kejap, minum susu and tidur. bila bangun, dah selamat sampai atas katil kat sana.

aidilfitri tahun ni Ami buat nasi tomato je and masa aidiladha Ami buat nasi dagang. raya kat sana memang tak meriah makanan macam raya kat sini. kita ni bab makanan memang hantu sikit kut, haha. kalau kat sini confirm ada, nasi impit + lode + rendang + kari + serunding and laksa Johor. selamanya di hati laksa Johor tu. ini untuk both raya. kalau dah buat laksa Johor tu, kuah mesti lebih buat stock dalam freezer. anytime boleh makan bila nak. untuk 2 kali lagi makan dapat kut.

tahun ni aidiladha macam tak raya langsung pun. kalau tak biasanya ada korban 2, 3 ekor lembu luar rumah depan pintu. tahun ni takde, kosong. macam eh, sunyi nya. ni baru kali ketiga balik sana, yang diorang bertahun-tahun dah biasa then tiba-tiba tahun ni takde, lagi lah terasa. makan tidur je kerja. haha. next year in sya Allah ada. dah pakat dah sorang amik satu bahagian, sebulan bank in RM50. mahal sekarang korban. RM600 sorang. in sya Allah murah rezeki, ingat nak buat 2 bahagian.

tahun depan doa-doa lah kan bertambah yang kurang tu eh, hee. amin.

Monday 21 September 2015

kewarasan

kewarasan seseorang amat bergantung kepada persekitaran dan support system yang ada dalam everyday life selain dari Allah. lately ni ada juga terasa nak hilang kewarasan. haha. entah lah, lama sangat duduk rumah mungkin. orang dah biasa kerja luar tiba-tiba duduk rumah full time. masih dalam proses menyesuaikan diri even though dah lama duduk rumah. masih tak dapat adapt sepenuhnya. susah. dah setahun lebih dah duduk rumah ni. lama bukan nak adapt? huwaa. semoga tabah lah hati oi.

ada yang kata try buat jadual hari-hari nak buat apa. luangkan masa 30 minit untuk tugas tu je. kadang-kadang rasa 24 jam tu tak cukup sebenarnya. pagi bangun, buat breakfast then suap makan. lepas tu lap lantai bagai (dengan pee, poo kucing lah, muntah kucing lah - cabaran untuk bela kucing tua and nyanyuk) - time ni harap duduk apartment je, tak lah besar luas permukaan nak lap tu. untuk ni je dah 3 jam. tu belum anak merengek lagi, nak menolong lagi. so, kadang-kadang lebih dah masa. habis semua tu, masak lunch pulak. nak suap lunch dah nak satu jam kalau tak kena mood dia, kalau elok sikit setengah jam. lepas tu seterusnya lah sampai malam. anak tido pun dah pukul 10. dah malam, nak buat kerja lain lepas tu memang kirim salam lah. 

konon-konon sebelum go through all this, berangan nak jadi pinterest mom. buat craft, semua DIY bagai and masak macam-macam. itu semua mimpi setakat ni. haha. one day insyaAllah. kena baiki diri sikit maybe, jadi macam flash and tak boleh semua nak 100% perfect. kena let go sikit. huhu.

p.s: sambil type, sambil anak tekan caps lock button pasal caps lock button ada lampu

Monday 29 June 2015

birthdays (2015)

hee. so, we turned 2, 29 and 28 this year. cepatnya dah 2 tahun, rasa macam baru je habis pantang. haha. melampau. maybe macam baru je celebrate 1st birthday last year. haih! we had a mini morning celebration, a picnic and lunch at Rashaad's (same-date-different-year twin, hee) house for Zahraa, zoo day for husby and tiup lilin for me (nak pergi jalan tak dapat - husby kerja on that day plus, dah puasa kan, huuu).

it is all about you baby - 28th, 30th and 31st May

Tuesday 16 June 2015

father figure

father's day is coming soon. never really did celebrate it.

being a father is being so much more than someone calling you dad. same thing about being a mom. it means being there whenever your child needs you. sometimes it might be just for him/her to show you something silly or telling you things in her own way. i clearly have some issue with my childhood. i pray that she'll never have to go through what i went through.

yes, i have a father. yes, he was there mostly when i was small and less as my age progressed. even though he was around, i was raised by my mother. she thought me almost everything about life. she was my everything and it was a huge lost for me when she passed. i even thought twice about staying here with him. i never had this close relationship with my father like most daughters do. no, i don't intend to change how things are with my father. i can't. he is just different. years have gone by, many things happened in between and he is just someone i call ayah.

last week at my uncle's, i saw my uncle treating his 27 years old daughter like a little girl - i want my daughter to have that sort of relationship with her dad.

to the father of my child - 

be more than a dad
guide her close to Allah
be someone who listens 
respect her needs and wants
be honest
spend time with her 
be there for her 
teach her patiently 
provide for her
never walk out on her

i will do the same, in sya Allah.

Friday 12 June 2015

zoo negara

semalam pergi zoo negara. tak tau lah yang sebenarnya mak ke anak yang excited. haha. lama dah tak pergi zoo ni. ada dalam 4 tahun. lama dah tu. dulu ada lah setahun sekali and setahun 2 kali. macam gian kan pergi zoo? entah, bukan suka tengok binatang terkurung tapi suka tengok binatang. nak kerja dalam hutan tak dapat green light dulu walaupun dah dapat kerja. ni dah tak kerja, hutan pun dah tak jumpa. huu. sedih gak lah. so, semalam we brought Zahraa to her first zoo trip sempena husby punya birthday (thank you Nira for the tickets!). nampak lah dia try relate gambar yang pernah tengok dalam buku/tv and toy dengan real life. nampak muka dia pelik pun ada. dalam buku/tv or toy kan binatang tak lah besar mana. hehe. it was a fun day, sampai ada idea nak buat list of zoos to visit in the future. habiskan zoo kat Malaysia dulu lah kut. biasa tak lah penat mana, kali ni penat habis - tak bawa stroller/carrier - gigih sangat, malam tu terus k.o habis. penat layan anak (walaupun banyak daddy dia je dukung, haha). dulu orang layan kita pergi zoo, tak tau penat. hamek kau, baru tau penat dia macam mana. haha.





Wednesday 20 May 2015

emo mother

kisahnya my little girl is turning two next week. haru hai hati. cepatnya masa berlalu. tiba-tiba dah nak dua tahun. masih panjang lagi perjalanan, i know. nak masuk dua tahun ni, mula lah paranoid apabila ada milestone yang masih tak berapa nak tercapai. sebenarnya, satu bahagian je. bahagian language. perkataan yang disebut masih limited and she still can't make a sentence. sekarang dalam process untuk boost dia punya vocabulary. maka, asyik membebel lah bila she is awake. err. bukan membebel, banyak cakap je. haha. i am not much of a talker (kut?), bila kena cakap banyak ni pening lah juga. so far, rasanya perkataan yang dah boleh sebut ada 10 je (jap, kira - duck, there, dad, nak, meow, ball, book, fish, Nia (ni nama cousin dia), Ma (ni pula panggilan mama Nia) and no). eh. ada 11. nampak tak dekat situ mummy takde. huu. pasal mummy ni dia panggil dad juga. huwaa. anak oh anak. 

apa pun, alhamdulillah lain okay. 

Sunday 3 May 2015

on this day

so, facebook introduced this 'on this day' thing recently. ada memory yang kita pun tak ingat pernah jadi. some good, some not so good. kira macam mengimbau kenangan lama lah ni. haha. ada lah juga nampak kebudak-budakkan dulu (*tepuk dahi*). today's notification was:

my housemate, sleepmate, roommate, gilamate

we have been on facebook that long huh? we have been friends for 9 years, next year dah satu dekad. emy pun baru 9 tahun (pasal dulu masa semester 1 and 2, emy sombong! haha), burd je dah satu dekad. hee! sekejapnya masa berlalu. banyak nya yang jadi within tahun-tahun ni kan.

p.s: selamat satu dekad burd!
p.s.s: sorry lah pasal gambar tu, tak boleh nak tukar lah.

Tuesday 21 April 2015

20th April 2015

tarikh ni anakanda minum susu formula dari botol. as a mum yang anak asyik minum susu kita, terasa lah juga sedih bila anak dah boleh minum susu formula dari botol. tipu lah kalau kata tak pernah try sebelum ni, pernah bila time terdesak (contoh: sakit). pernah juga bagi time dia baby awal-awal dulu. lepas dia 2 months, memang dah stop. walaupun i am a fully expressed pump mummy, lepas dia 3 months, alhamdulillah susu okay.

bila dia turn 1 year 4 months pernah lah try, nak gemukkan anak konon - memang reject habis. start January tahun ni, start bagi dia milo (bagi dalam cawan). bukan main suka lagi. haha. lepas tengok dia suka milo, beli lah Dutch Lady Curious yang chocolate tu untuk dia minum petang-petang. tea time katanya. haruslah suka. chocolate kan. sama je macam mummy dia. last-last mummy dia pun tempias minum DHA sama. kalau tak berhubung gak tak tau lah. hee!

so, 3,4 hari ni memang down habis. makan minum lintang pukang, badan lenguh, belakang sakit, temperature tinggi. maka, effect dia kat susu. semalam malam lepas bagi dia susu, macam tak cukup je, pergi lah buat susu Nestle NAN Grow 3 (dapat sample hari tu, thank you Nestle). bau dia tak macam susu formula and bila rasa (ini dah jadi habit, apa nak masuk kat anak kena filter kat mummy dulu), tak manis and ada rasa sikit macam breast milk. asalkan kenyang and happy; pasrah je lah, demi anak.

muka gembira - ini gambar lama - few weeks before

Saturday 28 March 2015

sunyi

haaa... tu dia, musim emo dah sampai dah. mula lah rasa sunyi. this always happen when he is on his evening shift. i have this love-hate relationship with his work shift. there are times when i am so glad that he is on shift (musim gaduh tu) but there are just times that i hate it to the very tiny bits (entah betul ke tak ayat).  it can be unbearable at times especially when he had to go early or wayyy early (like today). boleh tak boss dia nak buat CSR hari sabtu dekat tadika kosong and lepas tu kena masuk kerja pula? boleh tak?? so, dia keluar rumah pukul 8 pagi tadi and kejap lagi pukul 12 tengah malam baru habis shift dia. pukul 1.30 pagi macam tu baru sampai rumah. tak ke sunyi?

p.s: 20 hb hari tu, kami 1000 days (haha! okay, gedik, bye)

Thursday 19 March 2015

kepanasan

panas nya cuaca sekarang ni. nak tidur pun susah, pukul 2 ke baru dapat tidur pasal time tu dah sejuk sikit. tingkap semua memang habis buka dah. kalau boleh, pintu pun nak biar buka tapi, tak boleh lah kan. malam-malam nanti kalau Zahraa bangun dia lari turun tangga, masalah lain pula.

bila musim panas ni nikmat dunia yang paling best is air conditioning. mak ai, dia punya nikmat tu punya lah sedap. tak tau nak describe macam mana. malang nya,  time musim panas ni lah dia rosak. punya lah terseksa badan. kita takpa lagi, kesian Zahraa. berpeluh-peluh kepala time tidur. kipas syiling pula rosak kat bilik. maka, ada 2 table fan buat angin tidur. bilik arwah mummy ada, tapi kind of berhabuk, tak berpenghuni. nak tidur hall tak dapat pasal dah jadi ayah punya permanent spot. takkan nak tidur dapur kut? memang pesta lah semua kucing tidur sekali. haha.

nikmat dunia lagi satu is ice cream, ice atau apa saja yang sejuk keluar dari fridge or freezer. bila teguk masuk tekak, rasa aliran sejuk tu meresap satu badan. hilang rasa panas. perasaan tu sekejap je. 10 minit lepas tu, panas balik. huu. takkan nak teguk tiap 10 minit kan? kembung pulak perut nanti. 

yang boleh dilakukan sekarang ni is pray to Allah. mintak sejukkan Bumi-Nya. basahkan dengan hujan. hanya Dia yang boleh buat panas ni go away. jom ramai-ramai baca doa mohon hujan. 

photo credit: google

Wednesday 11 March 2015

CNY - Goat year

bila tahun baru Cina akan balik Melaka. yup, i celebrate CNY, ayah saya Cina. hee. macam biasa lah, yang beriya sangat adalah parents nak mengayakan anak. haha. time kecik macam ni lah boleh pakai kan apa nak. dah besar nanti, dah ada taste sendiri, mau kena mengalah. sekarang ni pun dah ada tanda-tanda nak pilih baju sendiri. huh.

nak sampai Melaka ada dalam 3 jam. lapar, panas, rimas, semua ada. lega betul bila sampai. tak tidur pun. balik hari je. kumpul angpow mana sempat, hehe. tahun ni mummy dapat juga. sorang je bagi tapi tak kira lah, dapat juga. orang tak kerja kan. patutnya orang tak kahwin lagi je dapat, dengan orang tua. angpow packet kami tahun ni ditaja oleh Mothercare Malaysia, hasil shopping dekat Mothercare malam raya tu. simple and comel packet mereka tahun ni.

ragam anak
penat, sampai tertido buat colouring, tapi balik rumah tetap cari toy

Monday 2 March 2015

19th February 2015

ya Allah, besar nya dugaan sahabatku. masa dengar berita memang tak percaya. baru je jumpa arwah hari tu. nampak okay je, ceria sangat. jadi shield Isa di kala kena buli dengan Zahraa. manja betul Isa dengan papa dia. arwah kembali ke rahmatullah dia pagi 19th February. 

sayang, i am not good with words. i try to be. kadang-kadang nak tanya 'how are you?' pun macam tertanya-tanya, boleh ke, logic ke soalan tu, macam tak sesuai nak tanya pun ada tapi tanya kan juga. huu. we hope you stay strong. kalau nak teman pergi mana-mana, bagitau kami, kami akan cuba. kalau nak borak kosong lama-lama, tak kira masa, call lah kami, kami akan ada. bayak lagi kalau, bagitau je, insyaAllah kami akan ada. of course kami tak mampu nak ada seperti mana arwah ada all the time tapi kami akan cuba. you are not alone, never alone. take care sayang.

Saturday 14 February 2015

dah kenapa

last week kemas dan simpan baju-baju Zahraa dari baby up to 1 tahun. before this letak dalam bakul je and sumbat dalam almari. kali ni simpan dalam kotak betul-betul. belek-belek lah juga baju masa baby. tiba-tiba....sebak. haha. rindunya nak ada baby. tu lah, masa baby nak cepat sikit besar. padan muka. so, time tu belum lagi datang that-time-of-the-month. adalah terdetik juga harapnya tak datang tapi harapan tak sampai. memang habis mood. 

memang ada planning tapi kadang-kadang planning tu rasa lama sangat. since dah jadi stay at home mum ni, tengok zahraa, terasa best pula kalau dia ada kawan. hehe. 

Monday 26 January 2015

PONEY madness

homaigawd. rambang mata pergi warehouse sale PONEY. memang lepas ni tak beli dah kat kedai dia or at retails outlets. memang tunggu warehouse sale je. biasa pun kat kedai-kedai mesti akan kurang 70% je. saja je pergi, konon nak tengok-tengok. macam pergi sale biasa. memang tak lah. kalau baby boy, tak berapa nak excited kut. baby girl ni, kegilaan nak shopping tu tinggi sikit. banyaknya choices. entah berapa kali ambil letak balik. konon nak budget below RM200. tak berjaya langsung. last minute grab (bila dia punggah plastic kat tempat extra discount tu), was the pink jacket (untuk pakai pergi Japan nanti, insyaAllah) and the jumpsuit (itu kut orang panggil, gambar yang last - lama dah cari, dekat cottonon RM50 macam tu lah). 

 RM13 - Retail price RM119

 RM25 - Retail price unknown

 RM23 - Retail RM149

 RM5 - Retail price unknown

 RM23/pair - Retail price RM109/pair

 3 for RM50 - Retail price unknown

 RM15 - Retail price unknown

 RM20 - Retail price unknown

 RM15 - Retail price unknown

RM15 - Retail price unknown

[selingan] lama tak tangkap gambar, banyak gambar husby and Zahraa je. definitely gambar Zahraa banyak lagi, 70% of memory gambar dalam phone kut. haha. hajat nak buat photobook, yelah, gambar dalam phone/laptop berapa banyak kali je tengok kan? nak upah orang buat or tangkap gambar memang tak lah. bukan tak mampu tapi banyak lagi benda boleh buat dengan duit tu since now kami ada one income je. hehe. so, next project of mine is buat photobook.

budak subang jaya memang ada gaya

Sunday 25 January 2015

sedih dan gembira

malam ni dalam sejarah anak kesayangan sorang tu nak tido kat katil sendiri. banjir mummy dia lepas anak tidur. biasanya berkepit je dengan mummy dia, malam ni tiba-tiba je. sedihnya. itu lah orang kata, masa anak kecil lagi, berkepitlah puas-puas. ni dia belum nak bilik sendiri lagi. huwaaa. okay, dah fikir panjang dah. ke maybe sebab nak adik (eh?). haha. kita tengok malam esok macam mana pula. still tak nak kat mummy lagi ke. huhu. kosong je katil rasa. yelah, husby kerja shift macam ni lah. anak teman. hee! biasa anak yang ada separation anxiety, ni mummy yang resah. macam mana nak tidur ni. dah habis pusing dah. macam nak tidur katil dia je. 

leo and po - teman tidur

hari ni juga hari Zahraa makan banyak. gembira oi hati. rasa macam nak peluk-peluk masa dia makan tu. selera sangat. bukan selalu dapat dia makan banyak macam tadi. masak simple je malam ni - butter fried rice and steamed chicken. alhamdulillah. makin lama makin senang makan sebenarnya. cuma kena cari makanan yang kena dengan selera dia. memilih betul makan, entah ikut siapa tah. haha.