Monday, 21 September 2015

kewarasan

kewarasan seseorang amat bergantung kepada persekitaran dan support system yang ada dalam everyday life selain dari Allah. lately ni ada juga terasa nak hilang kewarasan. haha. entah lah, lama sangat duduk rumah mungkin. orang dah biasa kerja luar tiba-tiba duduk rumah full time. masih dalam proses menyesuaikan diri even though dah lama duduk rumah. masih tak dapat adapt sepenuhnya. susah. dah setahun lebih dah duduk rumah ni. lama bukan nak adapt? huwaa. semoga tabah lah hati oi.

ada yang kata try buat jadual hari-hari nak buat apa. luangkan masa 30 minit untuk tugas tu je. kadang-kadang rasa 24 jam tu tak cukup sebenarnya. pagi bangun, buat breakfast then suap makan. lepas tu lap lantai bagai (dengan pee, poo kucing lah, muntah kucing lah - cabaran untuk bela kucing tua and nyanyuk) - time ni harap duduk apartment je, tak lah besar luas permukaan nak lap tu. untuk ni je dah 3 jam. tu belum anak merengek lagi, nak menolong lagi. so, kadang-kadang lebih dah masa. habis semua tu, masak lunch pulak. nak suap lunch dah nak satu jam kalau tak kena mood dia, kalau elok sikit setengah jam. lepas tu seterusnya lah sampai malam. anak tido pun dah pukul 10. dah malam, nak buat kerja lain lepas tu memang kirim salam lah. 

konon-konon sebelum go through all this, berangan nak jadi pinterest mom. buat craft, semua DIY bagai and masak macam-macam. itu semua mimpi setakat ni. haha. one day insyaAllah. kena baiki diri sikit maybe, jadi macam flash and tak boleh semua nak 100% perfect. kena let go sikit. huhu.

p.s: sambil type, sambil anak tekan caps lock button pasal caps lock button ada lampu

No comments: